Heart Shaker 💕

Assalamualaikum..

Post kali ini bakal kelihatan agak gedik dan mengada ngada dan menjengkelkan. Macam mana nak cakap ek ? Do i like him ? Haaaaaaaa. 


Okay, mula mula kita mulakan dengan cerita aku terpaksa kerja kat kedai Sam ni sebab nak cari duit untuk bayar yuran master. Well semester ni aku defer study 1 semester.. sedih wehh 😢


Kemudian, Allah itu maha baik kat aku, dia datangkan seketul manusia yang buat aku senyum sebab aku stress gila kerja sini ( aku tak suka environment kerja dengan bau budak masam dengan bau ketiak bos aku) semua tu buat aku jadi marah tau


Aku tak pernah perasan pun budak ni cuma aku tahu ohh dia. Sampai la satu hari dia bermain dengan perasaan aku la sayitonnnn 😭 kenapaa kenapaa kenapaaa. Aku 12 tahun lagi tua dari dia kot.


Sebagai seketul perempuan yang tak pernah bercinta (i declared myself as no boyfriend since born) ini adalah pertama kali dalam hidup aku cakap dengan lelaki yang berani bertentang mata.. zuupp terus gugur jantung aku gila !!


So lepas tu aku cam desperado nak tau apa nama dia apa ig dia. Betapa gigihnya aku tanya kawan kawan dia no telefon budak ni tapi kawan kawan dia sikit pun tak mahu bagitahu.. aku sedih sangat masa tu. Nasib baik satu hari tu dia pakai baju yang belakang tu ada tulis nama dia. 


F * * Z 😊


Apa yang aku suka kat budak ni ? Budak sekolah je pun.. aku sendiri tak tahu. Mungkin cuma suka. Sekejap lagi hilang kot lepas aku berhenti kerja kat sini. Siapa tahu kan. Tapi ini pertama kali aku rasa macam ni, ingat senang ke nak lupaa alaa bongok nyaa aku. Bayangkan yer jantung aku ni laju gila dup dap dup dap.. kadang tu nampak dia kat luar thru cctv je aku dah neves macam nampak hantu. Weii apa ni 😭


Kenapa laa lelaki jahat kan suka buat benda macam ni patutnya dah tau perempuan tu hodoh tak payah la cakap benda yang boleh cairkan hati.. aaahaaa pokok pangkalnya aku yang bingai. Dah la bingai bahlol pegi suka pulak tu.. double bodoh aku bagi untuk diri sendiri. 😠

I love his bubbly voice. I love his smile. I love his geli geli cringes eventho dahi dia cam luas jendul sikit but overall he's so cute ! 😄


Hari yang paling berdetak jantung adalah hari dia add ig aku. Ala add ig je pun tapi aku yang over. Hahahahaha. I really can't look into his eyes otherwise I might die 😭


Apa apa pun nak cakap terima kasih sebab bagi peluang tahu apa itu feeling jatuh hati.. semoga in future aku rasa benda yang sama dengan bakal suami (kawen kee haa ke tak kawen) 


: aku benci perasaan ternanti nanti dia datang kedai ke tak sebab aku tahu aku sendiri kena kuat lawan balik perasaan syok sendiri ni. Budak tu main main je tapi aku yang over kemain ni pehal la siak. Eeh hayyan kau nak kene tumbuk ke 😤


: Aku dapat no telefon dia sebelum dia add ig aku lagi. Aku tahu je ig dia tapi tak kan la aku yang nak pi add.. nampak sangat orang tua gatal tak sedar diri.. 😑


: Hayyan, please get hold of yourself sayang.. nie semua mainan dunia. Balik ke alam realiti plsss. Takde sapa sayang you kat muka bumi ni melainkan diri sendiri. Benda tak pasti ni jangan layan sangat. Waaah menaip ni gugur air mata 😭


: yelah dah la dia tu budak sekolah pastu flirting dengan aku yang gemok lagi hodoh ni, aku sangat hargai pengorbanan dia sanggup tengok cela kat muka aku ni. Pastu bila dia cakap dia minat Uqasha Senrose terus down weh keyakinan aku 😂. Yelah kau bayangkan beza kot uqasha tu kek cheese putih aku ni macam kek kukus coklat yang hangis lagi !


Lagipun hari tu aku dengar kawan dia cakap dia ada makwe dah so kbai la macam tu.

To F, thank you so much, 내 껌딱지 ♡

Comments