Review : Putra Permai Chicken Chop (Kedai Makan Murah Nasi Ayam RM2.90!)

Assalamualaikum.

Haaaaaaaaa.. hari ni sebenarnya pergi temankan Naimah ke UKM sebab ada hal la sikit. Sekali tu lapar tapi nama pun student kan so dengan bajet yang ciput tu dok fikir nak makan apa eh.

Guna laa perkhidmatan "pakcik gugel". Rupanya di seksyen 15 Bandar baru Bangi ada kedai makan murah dan sedap dan portion banyak !!!!!

Menu dia sikit je : Nasi Ayam / Mee Celup / Chicken chop. Harga nasi ayam dengan mee celup RM2.90 sahaja. Murah benor. Tak percaya, meh sini Yan belanja gambar sikit. 


Percayalah bahawa harga nasi ayam ni RM2.90 sahajaa. 


Mula-mula tu terfikir mungkin ayam dia kecil macam nasi kak won tu tapi bukan tau :)

haaaa.. percayakan sekarang ? ehek !

Disebabkan masa order tu Yan fikir portion dia kecil maka Yan pun gatal la order Chicken Chop yang berharga RM5. 

Sekali tu portion pun besarrrrr daaa. kenyang makan dua orang 


Kesimpulannya, sesuai untuk para pelajar atau mereka yang dalam bajet kalau nak makan tengah hari.


Recap : Putra Permai Chicken Chop, seksyen 15, Bandar Baru Bangi (Belakang petronas,bersebelahan dengan bengkel motor -- sederet kedai Eat & Repeat)

          : Menu harga RM2.90 (SPECIAL RM5.90) & Chicken chop RM5

          : Kebersihan 7/10


Apa pun hari ni best keluar dengan naimah, pelbagai jenis cerita keluar.. hahaha.. Semoga dimudahkan urusan wahai sahabatku, Keep strong !



Comments

Popular Posts